Kalau anda nak tingkatkan keberkesanan latihan anda, Admin ada satu tip nak berkongsi dengan anda semua! Cara ini akan bantu anda buat lebih banyak rep, kuatkan mind-muscle connection, dan menjadikan muscle-pump anda lebih kuat.

Macam mana caranya?

Pernah cuba sapu minyak panas sebelum workout tak? Kalau belum, anda kena cuba! Sapukan minyak panas 20 minit sebelum anda mulakan latihan. Tetapi, jangan sapu habis seluruh badan, sapu hanya pada bahagian yang anda hendak latih sahaja.

Minyak panas kebanyakannya mengandungi capsaicin yang memberi kesan analgesic, ataupun dikira macam ubat kebas. Sakit akan berkurang, menjadikan anda push lebih untuk buat banyak rep. Itu satu, lagi satunya ialah perasaan membakar pada otot tersebut akan tambahkan fokus pada pergerakan otot tersebut. Ini sangat penting bagi yang hendak membina badan!