Sapu Minyak Panas Untuk Workout Ada Kelebihannya

Ramai asyik minta tip untuk kembangkan lagi muscle mereka semasa workout. Macam-macam tip Admin bagi, daripada cara latihan kepada pemakanan. Itu pun belum cukup lagi, mereka nak lebih lagi!

 

Mujur Admin ada lagi tip dalam buku Admin. Kalau anda juga nakkan kelebihan untuk kembangkan muscle anda dengan lebih padat, apa kata anda cuba tip ini?

 

Sapu Minyak Panas

Ya, sebelum anda workout, sapukan minyak panas pada bahagian otot yang anda akan workout. Gunakan yang rasa panas, bukan yang sekadar berangin sahaja!

 

Dua kelebihan penggunaan minyak panas pada otot semasa workout ialah, ia akan bantu untuk membuka pembuluh darah, menjadikan otot anda lebih kembang penuh dengan darah. Dan yang kedua, ia meningkatkan kemampuan MMC (mind-muscle connection) semasa senaman, sekali gus meningkatkan daya hypertrophy otot.

 

Ada yang tak mampu tahan dengan panas atau bau minyak panas, maka tip ini mungkin tak sesuai untuk anda. Fikirkan juga dengan orang sekeliling, takut-takut minyak anda guna bau kuat sangat sehingga mengganggu orang lain. Kalau begitu, cari jenis minyak yang kurang bau tetapi tetap panas.

 

Anda boleh sapu di awal workout atau sebelum setiap senaman. Sapukan di bahagian otot anda hendak latih, biarkan beberapa minit sehingga ia panas dan terus pump.

 

Nak cuba lagi kembang, Admin syorkan anda guna L-Arginine atau NO4-AAKG, kedua-duanya produk daripada Superior14 bertujuan untuk kembangkan pump anda!

 

Jangan lupa untuk ikuti Dee Gym Supplement untuk lebih banyak tip berguna bagi membia badan.

Komen Facebook