Anda jenis yang selalu makan pagi atau tidak? Kalau anda selalu bangun awal pagi, mudah untuk anda makan sarapan pagi. Kalau memang buka mata dah matahari tegak atas kepala, tak boleh kata apa lah!

 

Waktu kecil-kecil, mak selalu suruh makan sarapan pagi. Maka, paksa jugalah bangun pagi walaupun mengantuk sampai kata mata susah nak buka. Apabila dah meningkat dewasa sedikit, makanan pula kena sediakan sendiri, maka ramai mula tinggalkan sarapan pagi. Tengok macam mana budak-budak semua cergas sepanjang hari?

 

Budak-budak punya tahap cergas memang lain macam. Kita yang dewasa kalau boleh tak mahu pun bangun daripada katil. Selagi boleh tidur, memang selimut berat sahaja rasa. Tapi, kalau tengok budak-budak, macam tak mahu tidur!

 

Ambil iktibar juga daripada situ, kita perlukan sarapan pagi yang baik untuk membekalkan badan kita dengan tenaga supaya latihan yang kita buat berkualiti dan badan kita juga berpeluang untuk memperbaiki semula sel-sel yang rosak semasa latihan.

 

Pemakanan adalah komponen penting dalam bina badan. Kalau tak jaga pemakanan, memang susah badan nak menjadi. Latihan sahaja tak memadai sebab tangga pertama ialah menjaga pemakanan. Oleh itu, apakah makanan yang paling sesuai dimakan untuk sarapan pagi?

 

Bagi Admin, makanan yang paling mudah untuk disediakan meskipun anda sibuk, adalah oatmeal dan juga beberapa hidangan telur (goreng atau rebus). Oatmeal kaya dengan nutrien yang lengkap untuk anda dan ia sangat lazat jika anda pandai main rojak-rojak resepi. Lagi penting, anda boleh siapkan oatmeal malam itu, letakkan dalam peti ais, bangun keesokan paginya dan terus makan!

 

Oatmeal ialah makanan kaya dengan karbohidrat. Telur pula dikenali sebagai sumber protein yang terbaik. Rugi kalau anda tak amalkan kedua-dua makanan ini dalam rutin bina badan anda.

 

Begini rancangannya, malam ini pergi ke kedai runcit dan beli oatmeal, beberapa jenis buah-buahan, kekacang, dan juga telur jika anda kehabisan telur di rumah. Kemudian, buat satu hidangan oatmeal untuk dimasukkan ke dalam peti ais. Campurkan oatmeal tersebut dengan buah-buahan tadi (Admin cadangkan pisang atau epal) dan masukkan juga sedikit kekacang. Jika boleh, masukkan setengah scoop whey (Superior 14 atau Tesla) bersama whey tadi.

 

Bancuh juga satu botol whey dan masukkan kedua-dua makanan ini ke dalam peti ais. Siap sarapan anda untuk esok pagi. Rajin sedikit, esok pagi bangun terus masak 2-3 biji telur dadar atau scrambled eggs. Maka, terhidanglah sarapan pagi lengkap, mudah, dan tak menyakitkan jiwa untuk dimakan!

 

Whey memang memudahkan kerja untuk cukupkan protein. Kerja anda membancuh sahaja. Kalau yang nak dapatkan protein, ambil sahaja mass. Whey rendah kalori, mass tinggi kalori. Guna yang sesuai dengan diri anda.

 

Entri oleh: Aiman Radzi (@TheTherabeast)