Satu Rutin Mudah Untuk Biceps

Tak perlu pening-pening kepala memikirkan rutin untuk latihan biceps. Kalau nak buat semua, memang kadang-kadang terlupa. Masa pun tak mencukupi. Apa kata anda buat satu sahaja tetapi sangat berkesan?

Mudah sahaja selamanya, seperti senaman biceps siap lain juga. Cuma yang ini, anda hanya perlu gunakan barbell kosong tanpa bebanan di kiri kanan. Ya, barbell kosong sahaja sudah memadai.

Pegang barbell tersebut selebar kelebaran bahu dan lakukan biceps curl dengan kelajuan sederhana. Fokus pada pergerakan siku sahaja mula-mula dan jangan menghayun. Lakukan seberapa banyak rep yang boleh tanpa henti dengan form yang cantik. Apabila anda sudah tidak boleh kekalkan form cantik dengan kelajuan sederhana, tambahkan kelajuan rep.

Sambung lagi dengan kelajuan rep yang laju tetapi cuba untuk tidak menghayun barbell tersebut. Pun sama, lakukan seberapa banyak yang boleh. Tanpa henti, apabila anda penat, mulakan hayunan barbell. Teruskan begini sehingga anda habis sejumlah 100 rep kesemuanya.

Ya, anda tak salah baca. Buat 100 rep keseluruhan! Tapi, tak semua orang mampu lakukan 100 rep terus. Ada yang boleh buat 50 rep sahaja dan esok tangan terkulai. Oleh itu, misi anda adalah untuk jadi lebih kuat, sehari demi sehari, sehingga anda boleh habiskan 100 rep. Kemudian, kejar pula misi 100 rep tanpa henti dengan kelajuan laju. Dan akhir sekali, 100 rep tanpa henti dengan kelajuan sederhana tanpa hayunan.

Setiap kali anda lakukan rutin ini, Admin jamin biceps anda pasti merana. Oleh itu, jangan lakukan rutin ini lebih daripada 3 kali seminggu. Malah, jika dilakukan dengan betul, seminggu sekali sudah cukup.

Entri: Aiman Radzi (@TheTheraBeast)

Komen Facebook