Otot bahu memiliki tiga bahagian iaitu bahagian anterior, middle, dan posterior. Ini bahagian-bahagian yang utama. Ada pula dalam bahagian-bahagian ini sedikit percampuran dengan jenis-jenis yang lain.
Disebabkan ada percampuran dan pelbagai jenis otot lagi yang ada pada otot bahu, anda kena buat latihan yang mensasarkan setiap jenis otot ini untuk dapatkan kesan maksimum. Bukan sahaja jenis senaman, bebanan juga harus berbeza-beza.
Ya, ada gentian otot yang memberi reaksi pada bebanan berat. Ada pula beri reaksi pada bebanan ringan. Stimulus yang anda berikan haruslah memenuhi kehendak otot anda. Barulah ia membesar dengan lebih cepat dan menyeluruh.
Tetapi, kalau anda ada satu sahaja peluang untuk melakukan satu sahaja senaman bagi bahagian bahu, apakah senaman yang anda akan buat dan kenapa anda pilih senaman tersebut? Kalau saya, pilihan senaman yang saya cadangkan ialah standing dumbbell shoulder press.
Jarang orang buat shoulder press menggunakan dumbbell secara berdiri. Biasanya, kalau berdiri, memang gunakan barbell sahaja. Dumbbell akan menggunakan variasi duduk. Jadi, apakah kelebihan melakukan latihan ini secara berdiri?
Penggunaan dumbbell akan memerlukan kestabilan yang lebih tinggi, lantas merekrut lebih banyak gentian otot dan mengaktifkan hamlir keseluruhan jenis otot dalam bahu anda. Bukan bahu sajaka terlibat, sampai satu badan kena berkerja untuk memastikan anda tidak terjatuh semasa melakukan variasi senaman ini.
Otot utama yang disasarkan dalam selamat ini ialah otot triseps, deltoids, dan pectorals. Manakala otot-otot sinergis yang membantu dalam menegakkan badan ialah seperti otot belakang, otot punggung, dan otot kaki.
Cuba lakukan senaman ini menggunakan bebanan sederhana sebanyak 8-12 rep. Anda kena hayun dahulu bebanan untuk naik ke atas bahu sebelum memulakan senaman ini.
Entri: Aiman Radzi