Bila anda bercadang menurunkan berat pasti anda tercari-tercari hidangan diet yang sihat. Diet yang rendah kalori dan menyihatkan pasti menjadi pilihan ramai. Oleh sebab itu, ramai yang menjadikan salad iaitu gabungan sayur dan buah-buahan sebagai menu utama mereka. Hidangan ini padat dengan nutrien yang sihat dan rendah kalori serta ianya juga mengenyangkan kerana kandungan serat yang tinggi. Artikel ini akan membantu anda menyediakan Salad ini dengan lebih baik.

Peraturan 1: Pelbagaikan jenis warna sayuran dalam pinggan

Setiap sayuran berbeza kandungan nutriennya. Seperti kita tahu sayuran kaya dengan Vitamin A, C, E dan K serta zat besi. Jadi anda harus memilih sendiri sayuran yang anda ingin letakkan mengikut ciri-cirinya. Sayuran yang mempunyai warna hijau yang pekat mempunyai kepadatan nutrien yang lebih tinggi. Jadi seeloknya anda megambil sekurangnya 3 jenis warna dalam satu masa. Anda boleh rujuk jadual di bawah:

Green Spinach, kale, Swiss chard, spring mix, romaine lettuce, broccoli, green bell peppers
Red/Purple Tomatoes, beets, cabbage, red bell peppers, radishes, radicchio, eggplant
Orange Carrots, orange bell peppers, pumpkin, rutabaga
Yellow/White Cauliflower, banana peppers, yellow bell peppers, yellow squash

Peraturan 2: Topping yang rendah kalori

Ya memang anda perlukan topping yang menyelerakan kerana sayur biasanya tidak mempunyai rasa apa-apa. Tetapi anda perlu bijak memilih topping yang sihat. Mayonis dan cheese memang menaikkan selera namun anda kena faham bahawa topping seperti ini hanya akan menambahkan kalori dalam hidangan anda. anda harus bijak memilih jenis topping. Cadangan saya ialah:

*Walnut dan Kranberi

*Keju dan Kuaci

*Badam dan Beri

*keju dan Epal

 

Peraturan 3: Jangan lupakan Protein

Protein adalah rakan terbaik bagi orang yang sedang berdiet kerana memberikan banyak nutrien dan membantu anda merasa kenyang, jadi jangan lupa untuk memasukkan protein dalam setiap hidangan atau bahkan dalam setiap salad. Tambah kepingan ayam panggang, stik, salmon, udang, atau tuna ke mana-mana gabungan buah dan kacang anda. Anda juga boleh mencubanya dengan dressing sepert salsa dan yogurt.

Entri Oleh: Fakhrul Islam 

#deegymsupplement