Selalu Lapar Waktu Diet? Baca Tip Ini!

Dah kalau selalu lapar, macam mana nak tahan diet? Mesti tak best kalau lapar je memanjang. Jadi apa penyelesaian dia?

Ada beberapa tip yang boleh bantu tangani masalah lapar:

 

1- Minum Banyak Air

Apabila perut kosong, signal akan dihantar supaya anda mengisi perut. Dengan melebihkan pengambilan air, anda dapat mengisi kekosongan tersebut dengan cecair yang sangat rendah kalori.

Lagipun, untuk membuang lemak memang bagus tatkala kita banyakkan minum air.

 

2- Tak Bergantung Pada Meal Replacement

Selalunya yang mahu kurus akan ambil pelbagai jenis shake yang menggantikan pemakanan mereka (meal-replacement).

Saya tak mencadangkan anda lakukan begitu.

Jika sepinggan nasi ada 500kcal dan sebotol shake ada 500kcal, saya pasti ambil nasi.

Belajar memakan makanan yang seimbang dan sihat lebih penting dan mengenyangkan daripada bergantung kepada meal replacement.

 

3- Makan Sayur Macam Makan Jajan

Sayur mempunyai kalori yang rendah tetapi kandungan seratnya memang tinggi. Hampir mustahil untuk anda gemuk jika terlebih makan sayur.

Pengambilan sayur membantu memberi sensasi penuh dan kenyang.

Saya syorkan anda siapkan semangkuk sayur campur seperti karot, tomato, salad, celery stick dan lain-lain sehari. Apabila lapar sahaja, buka peti ais dan makan macam makan jajan.

 

Entri: Aiman Radzi (@TheTheraBeast)

Komen Facebook