Bukan semua senaman bagus untuk kita. Ada yang mendatangkan lebih banyak mudarat daripada kebaikan jika tidak dikawal dengan baik. Bagi sesetengah individu seperti atlet bina badan, mereka sesuai melakukan senaman-senaman ini kerana nisbah hasil daripada risiko adalah berbaloi. Tetapi bagi individu biasa, Lebih baik kita elakkan senaman-senaman ini.
Behind The Neck
Sesetengah senaman mempunyai variasi behind the neck seperti overhead press dan juga puldown. Maksud behind the neck ialah menolak atau menarik bebanan di belakang kepala. Dalam posisi ini, sendi bahu berada dalam posisi yang tidak stabil. Kecenderungan untuk mengalami kecederaan adalah sangat tinggi.
Upright Row
Kalau yang tadi meletakkan posisi baru dalam keadaan tidak stabil, yang ini boleh meletakkan posisi baru dalam keadaan berbahaya kerana ada beberapa struktur yang berisiko untuk terhimpit oleh struktur yang lain semasa melakukan senaman ini. Jika tekanan tersebut berulang-ulang untuk tempoh masa yang panjang, ia boleh mendatangkan komplikasi yang lebih teruk.
Sissy Squat
Admin boleh jamin tak ramai yang mampu melakukan Sissy squat dengan selesa. Sebab apa? Senaman ini memang memberi tekanan yang sangat tinggi pada lutut. Malangnya, tak semua orang mempunyai lutut yang betul-betul sihat. Senaman ini hanya sesuai dilakukan bagi mereka yang tidak mempunyai masalah lutut, itupun kalau mereka selesa. Tekanannya sangat tinggi pada tempurung lutut.
Memang senaman-senaman ini semua sangat bagus untuk membina otot, tapi jika melebihi keberbaloian melakukannya, maka anda tidak perlu membuatnya.
Entri: Aiman Radzi (@TheTheraBeast)