Senaman Biceps Yang Sangat Berkesan

Aiman Radzi - Senaman Biceps Yang Sangat Berkesan

Apa senaman yang berkesan untuk dilakukan bagi membina otot biceps? Senaman tersebut ialah STANDING CONCENTRATION menggunakan dumbbell.

 

Silapnya, ramai melakukannya dengan cara yang kurang tepat. Sedangkan, kalau dibuat dengan betul, ia adalah satu senaman yang sangat baik. Sebab apa? Senaman ini memberi konsentrasi yang tinggi pada otot biceps bahagian peak yang menjadikan otot biceps anda tinggi.

 

Cara untu melakukannya adalah dengan berdiri dan menahan siku ada pada bahagian peha. Gunakan beban yang sederhana di mana anda tidak perlu menghayun bebanan. Jadi, anda akan concentrate pada otot sahaja. Ia akan beri rangsangan hypertrophy yang bagus.

 

Lakukan 8-12 rep menggunakan 3-4 set. Selang antara set, rehat selama 60 saat sahaja.

 

Komen Facebook