Senaman Dumbbell Pullover Untuk Otot Yang Mana?

Ada yang keliru dengan senaman dumbbell pullover, di mana anda baring di atas bangku dengan sebiji dumbbell digerakkan secara lurus ke belakang. Adakah senaman ini mengerjakan chest, ataupun back? Ramai memberikan pendapat berbeza.

Senaman ini memang boleh mensasarkan kedua-dua kumpulan otot. Dengan mengubah sedikit sahaja cara perlaksanaan, anda boleh mengubah sasaran.

Untuk Dada

Image result for dumbbell pullover

Kalau anda nak guna senaman ini untuk mensasarkan otot dada, anda cuma perlu turunkan sampai ke paras selari dengan kepala dan tolak semula ke atas sampai ke paras dahi.

Untuk Back

Image result for dumbbell pullover

Bagi sasaran back pula, anda kena turunkan jauh ke belakang, lagi jauh daripada posisi kepala. Boleh kata, dumbbell hampir menyentuh lantai. Kemudian, tolak sampai ke paras tengah-tengah dada. Cara lain anda boleh buat adalah duduk di hujung-hujung bangku supaya punggung anda lagi rendah daripada paras bahu.

Senaman ini dikira sebagai senaman isolation dan sesuai dilakukan dengan beban ringan-sederhana untuk banyak rep.

Komen Facebook