Ramai nak sihat dan fit, tetapi mereka kekurangan bajet untuk pergi ke gym. Ini sebenarnya tidak mendatangkan masalah kerana masih ada senaman dan latihan yang anda boleh buat dirumah!

1- Lunges

Untuk kaki, lunges ialah senaman ajaib yang anda kena buat. Kalau anda boleh buat di taman, itu lebih baik. Macam mana latihannya? Cuba pergi ke taman dan lakukan lunges sepanjang perjalanan pusing taman. Esok anda akan persoalkan kenapa anda dengar cakap Admin. Nak buat dirumah secara setempat pun boleh.

2- Bodyweight Tricep Extension

Nak bina triceps yang besar? Senaman ini sangat mujarab lagi-lagi selepas anda lakukan push up. Sebab, anda akan paksa otot anda membesar dan menjadi lebih kuat!

3- L-Sit

Tak ranai boleh lakukan L-Sit, tetapi bagi yang boleh buat, jangan tak buat! Ia adalah latihan abs dan shoulder yang cukup padu. Kalau anda tak boleh buat, latih sampai boleh.

4- Pull Up

Ini ialah senaman asas untuk home workout atau bodyweight workout. Anda boleh lihat orang main bar di taman-taman awam. Pull up akan membina biceps dan back supaya jadi lebih lebar dan padat.

Entri: Aiman Radzi