Satu senaman simple yang patut anda amalkan semasa chest day anda ialah senaman berasaskan plyometric. Untuk lebih mudah, pernah dengar tentang clap push-up? Anda buat push-up dan melakukan tepukan tangan setiap rep.
Senaman begini memerlukan daya letupan yang tinggi. Untuk “meletup”, otot anda perlu bergerak dengan pantas. Ini akan mengaktifkan banyak gentian otot dalam dada anda.
Mudah sahaja, setiap set anda lakukan untuk apa-apa sahaja senaman chest, lakukan satu set clap push-up sebanyak 5-10 rep. Tidak perlu begitu banyak kerana anda masih memerlukan tenaga untuk menghabiskan set anda yang lain.
Beza push-up biasa dengan clap push-up ialah push-up biasa adalah seperti senaman chest yang lain. Ia kurang bahagian letupan. Dalam clap push-up, anda kena tolak badan anda laju-laju supaya anda boleh “terapung” seketika untuk menepuk tangan. Kemudian, tangan anda kene gerak kembali laju untuk menangkap badan anda daripada terjatuh dan tersembam ke lantai.
Entri: Aiman Radzi (@TheTheraBeast)