Ada macam-macam jenis senaman yang anda boleh lakukan untuk memaksimumkan hypertrophy otot biceps. Kita ada biceps curl, hammer curl, reverse curl, dan macam-macam lagi!
Satu senaman ini, tak ramai yang melakukannya. Senaman ini memfokuskan bahagian eksentrik dan ia sangat memeritkan. Anda hanya perlukan satu tempat untuk bergantung sahaja. Ya, ia satu variasi daripada pull-up, tetapi bukan biasa-biasa!
Untuk variasi ini, pegang palang dengan cara underhand grip (tapak tangan menghala ke arah anda). Kemudian, tolak badan anda ke atas, gunakan bantuan kaki supaya anda dapat simpan tenaga sedikit berbanding anda tarik 100% menggunakan tangan. Sekarang, apabila tiba fasa untuk turunkan badan, turunkan secara perlahan-lahan. Berapa perlahan? Cuba ambil 1 minit untuk turunkan badan sampai kaki jejak lantai.
Inilah teknik yang memfokuskan bahagian eksentrik. Bahagian eksentrik ialah bahagian yang paling berpengaruh dalam membesarkan saiz sel otot dan merangsang hypertrophy.
Lakukan teknik ini di penghujung latihan, samada latihan back ataupun latihan arm. Kemudian, ambil 1 scoop Superior Mass yanh dipadatkan dengan testo booster untuk memaksimumkan kenaikan otot!
Entri: Aiman Radzi (@TheTheraBeast)