Okay, Admin nak bercerita perihal satu senaman abs yang selalu kita lihat di dalam gym, malah mungkin sedang melakukannya sekarang iaitu senaman side bends. Ia memang ada kesan, tetapi ramai buat dengan cara salah.
Satu kesalahan paling besar yang buat Admin tepuk dahi ialah apabila pelaku memegang dumbbell di kedua-dua belah tangan dan melakukan side bends. Sikit pun tak masuk akal kerana dumbbell di bahagian berlawanan akan menjadi off-set kepada pemberat tersebut. Maksudnya, tiada kesan.
Ini kesalahan paling utama. Yang kedua bukanlah kesalahan tetapi kekurangan. Senaman ini tidak mempunyai kelebihan banyak jika anda gunakan dumbbell. Kenapa? Bebanan dipegang terlalu rapat dengan badan, menjadikan badan sebagai tuil. Bayangkan begini, semakin dekat force dengan bahagian fulcrum, maka bebanan diangkat dengan mudah. Sekarang, force dan fulcrum serta beban tersangatlah dekat.
Macam mana anda nak tingkatka keberkesanan senaman ini? Mudah, gunakan kabel. Cara senamannya sama, cuma anda hanya menukar alat senaman. Ini adalah jauh lebih efrktif daripada menggunakan dumbbell. Kenapa? Kerana konsep tuil tadi. Memang boleh guna dumbbell, tapi nak dapat kesan signifikan, anda kena guna dumbbell yang tersangat berat.
Setting mesin kabel ke paras paling rendah, pegang pemegang kabel, halakan badan secara sisi menghadap tiang kabel, jarakkan dalam 1-2 kaki, dan lakukan side bends. Selamat mencuba!
Entri: Aiman Radzi (@TheTheraBeast)