Senaman Kompaun Untuk Shoulder

Admin terbaca ada soalan yang bertanya apakah senaman kompaun utama untuk hari shoulder. Minta maaflah tiada entri baru beberapa hari ini kerana Admin bercuti hujung bulan. Sekarang, Admin dah kembali semula untuk kongsi dengan anda tips-tips dan menjawab persoalan anda!

 

Untuk soalan senaman kompaun bagi shoulder, ada banyak senaman kompaun untuk shoulder sebab shoulder kita terbahagi kepada tiga bahagia; anterior atau front, posterior atau rear, dan lateral atau medial.

 

Kerana tiga pembahagian ini juga, maka sekurang-kurangnya da tiga jenis senaman kompaun utama untuk shoulder:

  1. Anterior: Military press
  2. Posterior: High barbell row
  3. Lateral: Wide Upright row

 

Lebih cantik lagi kalau anda buat kesemua pada hari shoulder, tetapi bukan semua tahap berat gila gaban punya. Satu sahaja senaman yang anda patut main betul-betul berat (dalam konteks kekuatan) iaitu senaman military press. Yang itu adalah senaman tunjang latihan kekuatan.

 

Kalau lagi dua itu anda nak main betul-betul berat, maka ada variasi lain, dipanggil Pendlay Row dan High Pull, tetapi dua senaman ini bukan untuk beginner. Setakat ini, cukup lakukan lagi dua senaman tadi dengan set 4×8-12.

 

Mana nak cari produk supplement terbaik di Malaysia? Semestinya ada di Dee Gym Supplement!

Komen Facebook