Senaman Padu Nak Bina Trapezius Gempak

Nak besarkan TRAP tidak cukup dengan buat SHRUG sahaja! Kena ada senaman lain juga.

Otot trapezius mewakili satu kawasan yang besar di belakang anda. Ia mempunyai banyak jenis gerakan, bukan sekadar shrug.

Antara senaman terbaik untuk besarkan trap adalah FACE PULLS. Buat senaman ini sebelum mulakan shoulder dan back day anda. 2-3 set untuk 8-10 rep.

Setting cable supaya ia berapa pada paras mata anda atau tinggi sedikit supaya anda dapat pergerakan menarik itu akan menuju ke bawah sedikit.

Bila tarik, tahan 3-5 saat setiap rep, dan bila lepaskan, biar tangan lurus betul-betul dan stretchkan trap anda dengan bongkokkan badan sedikit.

Face pull bukan sahaja bagus untuk trap, malah bagus untuk kesihatan bahu.

Komen Facebook