SENAMAN TERBAIK BESARKAN HAMSTRING

Otot peha belakang (hamstring) ada dua pergerakan; pada sendi pinggul, dan pada sendi lutut.

Kalau nakkan hamstring besar dan kuat, kena buat dua-dua jenis pergerakan tersebut. Tinggal salah satu, anda akan rugi banyak!

Pergerakan sendi pinggul:
1. Deadlift
2. Romanian deadlift
3. Good mornings

Pergerakan sendi lutut:
1. Seated leg curl
2. Lying leg curl
3. Glute-ham raise

Pergerakan sendi pinggul akan aktifkan lebih bahagian peha belakang atas, manakala sendi lutut aktifkan banyak gentian otot berdekatan lutut.

Biasanya, anda boleh main berat untuk sendi pinggul (deadlift), dan pump ringan untuk banyak rep bagi pergeraka sendi lutut (leg curl). Sasar 5-8 rep untuk sederhana/berat, dan 15-20 rep untuk ringan.

Penulis: Aiman Radzi (@TheTherabeast) !

Komen Facebook