Kalau senaman triceps, biasanya orang akan buat triceps extension menggunakan mesin kabel ataupun melakukan overhead extension menggunakan dumbbell. Keua-duanya adalah senaman isolation yang baik untuk bina otot triceps.
Macam mana kalau Admin nak kongsikan satu senaman yang jauh lebih baik daripada kedua-dua senaman ini?
Senaman yang Admin maksudkan ialah senaman decline bench skullcrushers. Dengan melakukan senaman ini di kerusi decline, anda mempunyai peluang untuk menggerakkan sendi bahu dengan lebih banyak. Jadi, otot triceps juga lebih diaktifkan dalam posisi ini.
Kebanyak senaman triceps yang lain kurang tekanan apabila anda habis meluruskan tangan, tetapi dalam senaman ini, tekanan adalah sekata sepanjang pergerakan. Kalau anda boleh guna kettlebell, itu adalah lebih baik!
Baring sahaja di kerusi yang condong ke bawah. Kalau tiada kerusi begini, lapik bangku anda dengan plate di satu bahagian supaya ia tinggi sebelah. Luruskan tangan ke atas, dan turunkan bebanan perlahan-lahan sampai ke paras dahi. Tunggu sebentar, dan tolak semula. Cuma, tak perlu lurus habis. Buat untuk beberapa set sebanyak 6-8 rep.