Cutting lemak bermaksud anda nak bakar lemak. Ada juga yang cakap nak potong lemak, tapi bukanlah potong pakai pisau. Kalau anda nak nampak lebih sado, anda kena cutting supaya otot anda lebih menyerlah.

Masalahnya, ramai yang nak cutting pada bahagian-bahagian tertentu sahaja. Contohnya seperti nak cutting pada bahagian perut sahaja, atau bahagian tangan sahaja, dada sahaja. Spesifikasi begini dipanggil sebagai spot reduce dan sebenarnya ia tidak boleh dilakukan.

Ya, anda tak boleh fokus mana anda nak bakar kerana badan akan gunakan lemak secara keseluruhan. Dan, malangnya kebanyakan masa perut adalah tempat terakhir untuk terbakar (mengikut genetik).

Jadi, tak ada guna anda buat banyak senaman isolation untuk bahagian yang anda nak fokus bakar lemak sahaja. Contohnya, anda banyak buat crunches untuk bakar lemak perut. Ia tidak berkerja begitu. Sebaliknya, adalah lebih baik anda fokus senaman besar.

Senaman isolation tidak membakar kalori sebanyak senaman kompaun. Kemudian, senaman isolation juga tidak begitu “demanding”, menjadikannya bukan keutamaan meskipun semasa bulking. Nota kepada semua, bukan keutamaan tidak bermaksud tak perlu buat tetapi mulakan dan utamakan senaman kompaun.

Senaman-senaman yang anda patut buat untuk cutting adalah senaman yang menggerakkan seluruh badan. Contohnya seperti squat, deadlift, bench press, overhead press, dan barbell row. Anda juga boleh buat senaman bodyweight seperti push up, lunges, pull up, dan dip. Senaman-senaman ini patut diutamakan berbanding senaman ringan isolation.

Nak lagi cantik lagi, buat senaman-senaman tadi dalam gaya latihan litar di mana anda membuat kesemua senaman tanpa rehat antara satu-satu senaman. Rehat hanya selepas semua senaman telah dilakukan dan rehat cuba kurang dari 2 minit. Jangan gunakan bebanan yang terlalu berat. Cukup sekadar mencabar, sebab banyak anda nak kena buat!

Entri: Aiman Radzi