Dalam kehidupan seharian kita, kebanyakan masanya kita habiskan dalam posisi duduk. Ini menyebabkan beberapa otot jadi lemah. Apabila otot-otot ini lemah, maka ia akan mula makan badan.

Ya, banyak duduk lebih bahaya dan akan menyakitkan pinggang daripada bersenam dengan berat tetapi cara dsn teknik yang betul. Sebab itu, anda kena kuatkan otot postur badan untuk menjaga badan.

Dua senaman anda boleh amalkan untuk kuatkan bahagian core ialah senaman hyperextension dan hanging leg raise.

Hyperextension

Senaman ini menguatkan bahagian erector spinae dan otot punggung. Dalam keadaan duduk, erector spinae sgt penting untuk memastikan tulang belakang anda dalam keadaan neutral. Jika otot ini lemah, maka ia akan menyebabkan kebongkokan. Otot punggung pula menjadi lemah kerana posisi duduk “memanjang”kan otot tersebut. Bayangkan kalau kota tarik getah dah biarkan getah itu tertarik lama-lama. Apa akan jadi? Getah tersebut boleh hilang daya fleksibiliti.

Hanging Leg Raise

Abs kita juga akan jadi lemah kerana tidak dikerjakan dengan baik. Dalam senaman ini, abs anda tidak melakukan pergerakan isotonik. Dengan kata lain, abs anda statik, berbeza dengan abs lain di mana anda menggerakkan abs. Yang ini, anda gerakkan bahagian bawah iaitu kaki. Abs akan melakukan kontraksi isometrik dan fokus senaman adalah pada hip flexor iaitu iliopsoas.

Lakukan kedua-dua senaman ini berselang-seli untuk mengimbangi rutin latihan anda.

Entri: Aiman Radzi (@TheTheraBeast)