Ectomorph dimudahkan kata adalah seorang yang kurus. Badan mereka ini kebiasaannya sangat mudah untuk kelihatan six pack. Ototnya juga boleh kelihatan tanpa perlu meregangkan atau mengeraskan.

Orang yang dikategorikan sebagai ectomorph ini agak banyak juga. Mereka ini seringkali mengeluh apabila masuk ke gym, mereka susah untuk membina otot.

Siapa ectomorph?

Ectomorph adalah orang yang susah menaikkan beratnya atau orang yang kelihatan sangat kurus. Mereka ini sangat tinggi metabolisma. Oleh kerana itu, mereka membakar kalori dengan cepat.

Bagaimana nak bina otot?

Bagi individu kategori ini anda perlu makan dengan kerap tetapi dengan kalori yang rendah. Elakkan mengambil kalori yang banyak sekaligus. Dan setiap hidangan yang diambil perlu memastikan adanya carbs, protein, dan lemak. Pengambilan kalori yang banyak dalam satu masa menyebabkan terganggunya penghadaman yang menyebabkan pembaziran sahaja. Jadi amalkan makanan yang sedikit tetapi berterusan setiap 2-3 jam.

Bagaimana dengan supplemen?

Ya, amat perlu bagi individu yang termasuk dalam kategori ectomorph ini untuk mengambil supplemen sebagai makanan tambahan.

Workout?

Latihan workout wajib dilakukan bagi membina otot yang lebih besar. Jika anda makan makanan yang seimbang sekalipun, namun anda tidak workout, maka akan jadi masalah dalam pertumbuhan otot anda.

Anda harus melakukan senaman yang pendek tetapi fokus pada otot yang teras dan otot yang besar kumpulannya. Jangan melakukan senaman yang berlebih-lebih sebaliknya anda perlu rehat 2-3 hari seminggu.

Anda harus memfokuskan pada senaman-senaman strength seperti deadlift, bench press, squat, dan pull up. Lakukan sehingga 5 set pada berat yang tidak terlampau berat dan rehat antara 2-3 minit.

Jika anda inginkan latihan bebanan yang berat, pastikan ianya mengambil masa yang sekejap sahaja.

Entri Oleh: Fakhrul Islam