Banyak orang kata yang six pack hanya perlu jaga makan. Bak kata orang putih, ABS are made in the kitchen. Adakah mereka kata yang latihan tidak penting untuk membina six-pack?
Semestinya bukan begitu kerana latihan adalah perangsang dan pemberi stimulasi untuk otot membesar. Kalau anda tak tahu, sixpad juga merupakan sebahagian daripada otot dan ia perlu dilatih supaya ia membesar serta kelihatan lebih jelas. Kalau ia tidak tebal, pakai susah untuk nampakkan six pack.
Latihan itu satu perkara, ramai boleh kata yang anda tidak perlu buat senaman abs secara direct. Kenapa, mereka kata six pack anda telah dilatih semasa anda buat senaman-senaman kompaun yang berat. Ada betulnya juga, tetapi konsep mereka tidak begitu tepat.
Mereka kata yang abs mereka akan menjadi kuat jika mereka berlatih dengan senaman kompaun yang berat, tetapi mereka memerlukan six packs yang kuat untuk buat kompom yang berat. Anda nampak percaturannya di situ?
Gymmers yang bijak akan tahu untuk sentiasa pentingkan latihan sixpack supaya core mereka kuat, lantas mereka untuk mengangkat lebih berat. Ia sebenarnya satu proses synergist, di mana anda memerlukan latihan six pack untuk membina otot teras yang kuat yang kemudian membantu anda untuk mengangkat lebih berat, sekaligus menjadikan six pack lebih kuat.
Sebab itu kita dapat lihat kenapa body builder yang hebat mempunyai tahap kekuatan yang baik dan juga six pack yang mantap. Mereka faham dengan konsep sinergis ini. Mereka menggunakan latihan kekuatan untuk membantu bina foundation kepada otot mereka, dan kemudian mereka fokus kepada latihan hipertrofi untuk menjadikan physique mereka lebih jitu.
Latihan six pack tidaklah harus begitu sukar, tetapi janganlah buat sambil lewa. Jika anda gabungkan latihan six pack kepada hari anda buat senaman berat, maka itu menjadi lebih efektif dan juga efficient. Fokus kepada senaman isotonik dalam inilah yang membina saiz, manakala senaman isometrik membina kekuatan.
Entri: Aiman Radzi