Smith Machine Squat vs Barbell Squat: Mana Lagi Bagus Untuk Leg Day?

Masih wujud lagi golongan-golongan yang anti-mesin iaitu mereka yang melabelkan senaman menggunakan mesin tidak bagus untuk pertumbuhan otot. Sedangkan terbukti sama ada mesin ataupun free weight adalah jenis yang memerlukan keduanya untuk mempercepatkan pertumbuhan otot yang maksima.

Artikel ini akan berkongsi berkaitan dengan kelebihan squat menggunakan mesin atau tanpa mesin yang mana sedikit sebanyak akan membantu individu di luar sana yang masih keliru. Keduanya mensasarkan otot yang sama tetapi pada cara masing2 yang berbeza.

 

Kelebihan smith machine squat

1. Lebih banyak pilihan teknik

Dengan keadaan mesin squat yang mempunyai slide dan rail yang tetap membuatkan anda boleh melakukan teknik-teknik squat yang lain seperti kaki diletakkan di depan sedikit berbanding di bawah bar. Dengan teknik ini ia akan lebih merecruit quad anda.

2. Tidak risau bebanan yang berat

Dengan mesin ini juga anda tidak perlu risau untuk memilih bebanan yang berat kerana mesin ini lengkap dengan kestabilan dan keseimbangan. Anda tidak akan terhuyung hayang atau jatuh ke belakang. Dengan memilih bebanan yang berar anda akan membina lebih strength dan hypertrophy.

 

Keburukan Smith Machine Squat

1. Anda tidak akan belajar cara sebenar barbell squat

Jika anda terlalu memilih menggunakan mesin anda tidak akan belajar bagaimana barbell squat.

2. Banyak kemahiran di luar sana anda akan terlepas

Jika anda melakukan barbell squat sebenarnya ia lebih banyak membantu anda mengadaptasi di dunia nyata seperti kestabilan semasa berjalan, hiking, kekuatan kaki semasa berdiri, cara berdiri dengan baik dan melompat dengan lebih tinggi. Semuanya ini anda akan dapat sendiri apabila melakukan barbell squat.

Maka di sebalik wujudnya kebaikan dan keburukan mesin dan free weight, cara terbaik adalah anda harus menggabungkan kedua-dua jenis senaman ini. Antara contohnya ialah lakukan leg press selepas barbell squat. Maka ia akan lebih mensasarkan bahagian quad, belakang dan keseluruhan otot badan.

Entri: Fakhrul Islam

#www.deegymsupplement.com/staging

Komen Facebook