Squat adalah senaman terbaik membina otot badan namun ramai yang tidak sukakannya. Banyak alasannya antaranya adalah kerana sakit belakang. Sakit belakang yang datang selepas squat membuatkan mood anda akan hilang dan tidak ingin melakukannya lagi.

Namun perlu diingatkan di sini bahawa setiap senaman yang lain juga boleh mengundang kepada sakit belakang kerana melibatkan bebanan. Isu ini dapt dielakkan apabila anda mempunyai form yang baik.

Jadi untuk masalah squat ini sakit belakang itu biasanya berpunca dari jari kaki anda. Anda tidak akan sedar keududukan jari kaki anda yang terangkat kerana anda memakai kasut.

Hal ini bahaya kerana apabila jari anda terangkat semasa squat ia akan memberikan tekanan sepenuhnya terhadap bahagian belakang anda. Sedangkan cara yang sepatutnya adalah anda harus menapak keseluruhannya.

Bagaimana nak atasi?

Mudah sahaja, anda cuba lakukan dahulu tanpa kasut tapi pastikan dengan bebanan yang kosong dan biasakan jari anda menapak di tanah. Dan apabila anda sudah biasa barulah squat dengan kasut.

Kesan lain jika jari depan anda terangkat, anda akan kehilangan kestabilan membuatkan anda berisiko untuk jatuh ke belakang. Anda tidak mahu kecederaan mengganggu semangat anda dalam membina badan jadi sebaiknya elakkan perkara yang boleh mengundang kecederaan anda.