Anda dah kenal mana otot trapezius (nama panggilan manjanya adalah trap) anda? Ia adalah otot di bahu anda, yang bagi nampak tinggi. Ini adalah otot kekuatan. Maksudnya, siapa ada otot trap yang tinggi, boleh menandakan dia seorang yang kuat. Boleh juga lihat atlit ragbi dan strongman serta powerlifter untuk tumbesaran otot trap yang mantap.
Admin nak kongsikan satu senaman superset yang mudah untuk anda buat bagi membesarkan otot ini. Ia adalah senaman gabungan kompaun dan isolation. Anda akan gunakan dumbbell untuk senaman ini. Bukan sahaja otot trap mendapat kesan, malah otot bahu bahagian tepi, forearm, dan biceps turut mendapat tempias!
DB Upright Row
,
Mula-mula, lakukan upright row dengan dumbbell. Gunakan beban yang sederhana sebanyak 8-12 rep. Anda dibenarkan untuk guna sedikit momentum di hujung-hujung set. Fokus pada pengerjaaan otot trap anda sahaja, dan gunakan strap jika perlu.
DB Shrug
Tanpa melepaskan dumbbell, terus lakukan shrug menggunakan dumbbell yang sama. Teknik shrug untuk superset ini, anda kena tahan di atas selama 2-3 saat sebelum turun semula, dan ulang sampai otot trap atau otot tangan anda menyerah kalah (sampai failure lah senang kata).
Dua senaman ini dilakukan secara superset dan dilakukan sebanyak 4-5 set sekali jalan. Rehat antara set dihadkan kepada 45-60 saat sahaja. Jangan lebih!