Ramai tak suka leg day sebab mereka tak kuat untuk bahagian itu. Ada beberapa sebab anda berasa tidak kuat untuk leg day, salah satunya adalah tidak panaskan badan dengan betul. Badan mereka tidak bersedia untuk mengangkat berat-berat. Lantas, mereka jadi bosan dengan leg day.

 

Admin kongsikan satu superset yang sesuai dibuat semasa warmup dan mengambil masa 2 minit sahaja. Ia akan panaskan badan anda, buat anda bersedia, dan mengaktifkan otot-otot penting untuk leg day!

 

Superset: Squat Hold Dan Squat Jump

Mudah sahaja, anda akan gunakan dumbbell atau plate dan turun ke posisi squat, tahan dalam posisi tersebut selama 30 saat. Kemudian, lepaskan bebanan ke lantai dan lompat daripada posisi squat selama 30 saat lagi. Rehat dalam 30 saat, dan ulang dengan mengambil semula bebanan anda, duduk dalam posisi squat untuk 30 saat, lepaskan dan lompat lagi selama 30 saat.

goblet-squat main-power-up-your-jump-squats-literally

Mudah, bukan? Tujuan warmup ini adalah untuk memasukkan darah ke dalam otot-otot kaki anda supaya ia menjadi “panas” dan “segar” untuk leg day. Anda juga akan rangsang sistem saraf anda melalui loncatan, menjadi latihan anda terasa lebih stabil dan bertenaga.

 

Entri oleh: Aiman Radzi (@TheTherabeast)