Ramai nakkan back yang besar dan lebar. Besar dan lebar sampai tahap macam mana? Ada yang kata dekat Admin, nak bagi besar sampai back boleh jadi macam meja makan. Besar sungguh cita-cita dia!
Admin tak tahu kalau nak buat macam itu boleh atau tidak, tapi yang Admin tahu, ada satu jenis superset yang memang akan bagi back anda merekah dan membengkak nyut-nyut. Superset ini akan fokus pada bahagian back bawah (lower lat) yang selalu ketinggalan dalam senaman.
Apabila otot latissimus dorsi anda besar dan memanjang ke bawah, anda akan memiliki back yang betul-betul kelihatan lebar. Apakah superset yang Admin maksudkan?
Lower Lat Superset
Ada dua jenis senaman yang anda akan buat secara berterusan. Tak perlu ada rest antara kedua-dua senaman ini. Jadi, kalau boleh susunkan tempat anda siap-siap. Superset ini dimulakan dengan senaman isolation dan kemudian senaman kompaun. Buat 15 rep setiap senaman sebanyak 4 set keseluruhan. Ingat, superset maksudnya jangan rest antara senaman. Habis senaman kedua, baru rehat dalam 45-60 saat sahaja.
Straight-Arm Pull Down
Ini adalah senaman isolation untuk otot latissimus dorsi. Anda digalakkan guna kabel yang disekalikan dengan mesin row. Kalau tidak ada, guna sahaja mesin kabel biasa. Tak ada juga? Anda boleh buat pullover guna dumbbell. Isolation ini akan penuhkan otot anda dengan darah, menjadikan senaman seterusnya lagi efektif!
Seated Low-Cable Row
Kalau anda dapat guna mesin yang ada pulldown, jadi senang sebab anda terus boleh buat senaman ini. Dalam senaman ini, biar bebanan tarik badan anda ke hadapan untuk regangkan otot tersebut. Apabila menarik, bayangkan anda tarik guna siku dan kepit tulang belikat.
Entri oleh: Aiman Radzi (@TheTherabeast)