Triceps ialah sebahaian daripada otot tangan. Berlawanan dengannya ialah otot biceps. Kalau biceps membengkokkan siku, maka triceps meluruskan siku. Mudah sahaja, bukan?

Triceps digunakan dalam semua pergerakan pressing. Contohnya seperti bench press, overhead press, push up, dan lain-lain. Isolationnya pula ialah triceps extension pelbagai jenis, termasuk triceps kickback dan cable extensions.

Kita tak perlu bincang tentang senaman kerana Admin pasti anda semua dah tahu tentangnya. Sekarang, Admin nak kongsi apa anda boleh buat untuk naikkan saiz triceps.

1- Kuatkan CGBP

CGBP bermaksud close-grip bench press, iaitu bench press dengan bukaan tangan yang rapat sedikit daripada biasa. Variasi ini memberi tumpuan pada triceps. Dalam pada itu, anda kena fokus untuk angkat lebih berat dalam variasi ini.

2- Banyakkan Dip

Dip dilakukan secara bodyweight pada parallel bar. Ia adalah senaman asas yang harua dimahirkan. Bagaimana anda nak rangsanh pertumbuhan otot triceps? Banyakkan dip dan gunakan juga bebanan seperti mengikat dumbbell pada tali pinggang.

3- Setiap Hari Isolate

Hari-hari buat triceps isolation. Tak pelru berat dan tak perlu sampai lunyai. Sebaliknya, buat secukup rasa. Admin cadang anda buat satu senaman triceps dalam kategori isolation sebanyak 30 rep berterusan setiap hari pada penghujung workout.

4- Buat Triceps Selepas Biceps

Otot kita bergerak secara agonist-antagonist. Admin cadangkan anda supersetkan triceps dengan senaman biceps. Biarpun sedikit sahaja buat triceps, janji sentiasa buat selepas biceps. Kenapa? Ini akan beri lebih rangsangan hipertropi.

Entri: Aiman Radzi (@TheTheraBeast)