Ada yang complaint dekat Admin, mereka mudah untuk bina biceps, tapi otot bahu pula yang susah nak naik! Apa masalah yang menyebabkan mereka susah nak bina bahagian itu meskipun sudah berlatih macam-macam jenis senaman?
Jom kita lihat beberapa troubleshoot yang anda boleh buat untuk memperbaiki masalah ini!
Tengok OHP Anda
OHP bermaksud overhead press. Pernah buat senaman overhead press guna barbell sambil berdiri? Kalau tidak, itu masalah pertama anda. Mula lakukannya sekarang! Itu adalah senaman paling asas untuk membina otot bahu.
Bagaimana pula kalau dah buat tapi masih tak besar-besar? Tengok pula pada bebanan yang anda mampu angkat. Sudahkah anda mamu buat OHP menggunakan bebanan seberat badan anda sendiri secara strict form? Jika tidak, itu juga adalah puncanya. Anda kena latih bagi kuat. Kalau berat badan anda 75kg, anda kena practice sampai boleh OHP 75kg secara strict.
Biasanya, dua masalah ini sahaja menjadi punca kenapa bahu anda susah nak membesar, terutama sekali masalah kedua. Apabila anda dah tackle masalah tersebut, selalunya terus selesai.
Macam Mana Nak Latih OHP Bagi Kuat?
Simple sahaja, anda kena buat OHP selalu. Kalau memang nak fokus shoulders, hari chest pun kena mulakan dengan OHP, hari triceps, dan hari shoulders sendiri. Kemudian, gunakan bebanan yang anda boleh buat dalam 3-5 rep sahaja untuk 5 set. Tambah bebanan setiap 1-2 minggu. Tambah sikit-sikit sampai anda jadi kuat untuk press berat anda sendiri.
Tip lain yang anda bole guna adalah untuk amalkan pike push-up dan juga handstand push-up. Kedua-dua ini akan menguatkan otot bahu anda dan juga memberikan stimulasi untuk tumbesaran bahu.