Senaman T-bar row ialah senaman yang cukup legend. Tak semua gym membenarkan penggunanya melakukan senaman ini. Satu, mereka tak mahu dinding mereka rosak. Kedua, mereka tak pernah nampak senaman ini.

T-bar row memberikan lebih tekanan pada otot mid-back, iaitu bahagian tengah bagi otot back kita. Otot yang mendapat tempias ialah seperti ktot rhomboids, trapezius, latissimus dorsi, erector spinae, biceps, dan rear deltoid.

Cara untuk melakukannya mudah kalau gym anda ada mesin khas untuk memasukkan batang barbell ke dalam satu slot khas. Jika tidak, anda kena sumbat barbell ke satu penjuru gym. Kemudian, lapik bahagian penjuru tersebut dengan sebiji dumbbell. Guna V-bar sebagai tempat pemegang.

Apabila anda mengangkat bebanan, tahan seketika waktu anda menarik dan jangan menghenjut. Melainkan anda guna bebanan berat, anda kena kawal sepenuhnya pergerakan rowing. Kalau dah berat, boleh guna sedikit momentum.

Entri: Aiman Radzi (@TheTheraBeast)