Nak Makan Apa Sebelum Tidur?

Apakah pilihan makanan terbaik untuk anda ambil sebelum tidur? Ada dari kalangan kita yang semakin dekat dengan tidur, semakin membuak-buak nafsu makan. Ini dipanggil binge eating. Boleh nak makan sebelum tidur, tapi pilihan makanan anda haruslah betul dan tidak berlebih-lebih. Ia boleh jadi punca utama kenapa anda susah nak kurus. Binge eating menyebabkan anda terlebih […]

Makan Selepas Workout?

Sekarang, ramai yang keliru dengan kepentingan makan untuk bina otot. Lebih jelas lagi, ramai keliru nak makan apa selepas workout. Ada yang mewajibkan makan protein selepas workout. Adakah ini betul? Pemakanan adalah faktor yang sangat penting untuk bina otot dan bakar lemak. Jika anda tak jaga pemakanan, maka ia akan mempengaruhi hasil yang anda inginkan. […]

Perlukah Anda Workout Kalau Ambil Mass

Mass digunakan untuk mendapatkan bekalan kalori yang tinggi. Ramai menggunakannya untuk membantu proses kenaikan berat badan. Selalunya, mereka yang kurus akan gunakan mass. Kemudinan, ada yang tanya, kalau guna mass masih kena workout atau tidak? Sebabnya, makan mass sahaja dah tinggi kalori, mesti boleh naik berat badan. Bagus soalan ini. Kalau kita ikutkan asas, memang […]

Perlukah Makan Ayam Bakar Selalu Untuk Bina Otot

Ramai yang bertanya cara masakan untuk proses bina badan. Sebabnya, ramai kata bina badan tak boleh makan yang berminyak, sekaligus mengecualikan pemakanan bergoreng. Maksudnya apa? Anda tak boleh makan ayam goreng. Adakah ini benar? Melainkan anda sedang menyiapkan badan untuk sebarang pertandingan, memang kalau boleh anda kena kurangkan makanan bergoreng tetapi bukanlah sampai tak boleh […]

Wajibkah Makan Telur Mentah Untuk Bina Badan

Mesti anda sudah selalu nampak dan dengar kisah-kisah atlit bina badan yang memakan banyak telur mentah dalam sehari bagi membekalkan mereka dengan protein untuk membina badan. Dah macam minum air kosong pula tengok mereka menelan telur mentah. Adakah anda perlu lakukan yang sama?

Kenapa Badan Cepat Naik Dengan Mass

Baru sebentar tadi Admin mendapat persoalan berkaitan mass, di mana pengguna mass bertanya kenapa badan mereka cepat sangat naik dengan mass.   Baik, mass membekalkan anda dengan nilai kalori yang tinggi. Apabila anda memakan sejumlah kalori lebih daripada keperluan badan, maka badan akan naik (otot atau lemak). Ini adalah normal, tetapi yang kita kena berjaga-jaga […]

Wajibkah Anda Makan 6-8 Kali Sehari

Admin mendapat soalan daripada pembaca yang bertanya perihal pemakanan di mana beliau mendengar nasihat supaya makan 6-8 kali sehari untuk membina badan. Jadi, bealiau khuatir tidak dapat melakukannya kerana alasan-alasan tertentu. Adakah mustahil untuk membina badan jika anda makan kurang daripada 6-8 kali sehari? Tidak sama sekali! Ada masih boleh bina badan meskipun ada makan […]

Cara Untuk Kurangkan Sakit Akibat Workout

Bersenam di gym dengan bebanan akan menyebabkan badan anda rasa sakit-sakit pada keesokan harinya. Ini adalah fenomena biasa dikenali sebagai DOMS, atau nama penuhnya delay onset muscle soreness.   Meskipun ia tidak bahaya, ia boleh mengganggu kehidupan harian kita andaikan kesakitan tersebut terlampau perit. Apa kata anda lakukan beberapa tips ini untuk mengurangkan sakit tersebut! […]

Jangan Makan Sikit Kalau Nak Kurus

Kenapa kalau nak kurus mesti kena makan sikit? Kalau makan banyak, tak boleh kurus ke? Secara logiknya, memanglah begitu. Tetapi “sikit” itu sebenarnya perlu diukur. Kita tak mahu sampai kebuluran.   Untuk lebih tepat lagi, anda kena makan ikut keperluan badan anda. Jangan ikut gaya diet orang lain. Anda kena tahu badan anda perlukan banyak […]

Berapa Minit Kena Tunggu Selepas Workout Untuk Makan?

Pernah dengar tak orang cerita tentang anabolic window? Katanya, 30-60 minit selepas workout, anda kena minum protein atau makan postworkout. Kalau tak, nanti rugi sahaja training tadi sebab badan tak dapat nutrisi secukupnya. Memang ada sesetengah kajian yang menyokong bahawa memakan dalam masa anabolic window ini memberikan kesan peningkatan sintesis protein (pembinaan otot) yang lebih […]