Bakar Lebih Kalori Dengan Haba?

Sebagaimana yang seringkali digembar-gemburkan di media massa, ‘haba ekstra’ ini tidak membantu menurunkan berat untuk jangka masa yang panjang. Mungkin ada penurunan berat buat seketika, tetapi berat yang hilang sebenarnya terdiri daripada air semata-mata. Seperti mana yang kita semua ketahui, haba meningkatkan suhu badan dan membuatkan kita berpeluh. Namun, ia tidak bermakna kadar pembakaran kalori […]

Berapakah Senaman Perlu Buat Untuk Bulking?

Admin selalu dapat soalan ini berkaitan berapa jumlah senaman yang perlu dilakukan jika kita berada dalam fasa bulking, iaiti fasa untuk naikkan berat badan melalui kenaikan otot. Ramai keliru dengan senaman dan jumlah rep atau bebanan yang perlu digunakan. Tujuan paling utama dan prioriti anda adalah untuk membina otot. Jika anda ingin fokus pada kekuatan […]

Mitos Senaman vs Realiti

Terdapat banyak mitos senaman yang sangat merugikan jika dituruti tanpa usul periksa.  Yang berikut merupakan sebahagian kecil daripadanya.   Mitos #1 – Senaman Berjalan Kaki Kurang Efektif Realiti: Berjalan kaki merupakan senaman yang efektif dalam meningkatkan tahap kesihatan bagi semua golongan individu. Senaman berjalan kaki sangat bermanfaat dari segi fizikal, mental dan emosi. Bahkan, berjalan […]

Dua Perkara Wajib Sebelum Bersenam

  Bersenam tanpa sebarang persediaan boleh menjejaskan kualiti senaman dan kadangkala anda tidak mendapat hasil yang diharapkan. Persediaan yang dimaksudkan ialah daripada segi fizikal. Memang banyak benda yang kita perlu titikberatkan sebelum bersenam tetapi terdapat dua perkara yang paling penting.   Hidrasi Tahukah anda bahawa prestasi senaman akan mengalami penurunan ketara dengan hanya kekurangan 1% […]

Apa Masalahnya Dengan Plank?

Tahun ini George Hood sekali lagi mencipta rekod dunia dalam dua kategori; “Longest Continuous Plank” (10 jam, 10 minit, 10 saat) dan “Most Cumulative Planks In a 24-Hour Period” (18 jam, 10 minit, 10 saat). Walaupun kejayaan ini sangat mengagumkan, Jonathan Ross, master trainer dari American Council on Exercise (ACE) berpendapat bahawa senaman plank sedang […]

NEAT & EPOC: Senjata Rahsia Turunkan Berat Badan

Bagi yang sedang cuba turunkan berat, pasti banyak cara yang telah dilakukan bagi mencapai matlamat tersebut. Sudah tentu kita akan menjaga pemakanan dan bersenam, bukan? Sebenarnya tubuh akan membakar kalori secara rahsia – setiap masa! Artikel ini akan menjelaskan secara ringkas mengenai dua senjata rahsia yang akan membantu anda mencapai matlamat berat badan dengan jayanya. […]

“The Big Three” – Waspada!

Setiap individu yang menjalani program senaman mempunyai matlamat masing-masing tetapi kecederaan sudah pasti bukan salah satu daripadanya. Walaupun ianya biasa berlaku dalam aktiviti sukan dan senaman, kita semua mahu menghindarinya, bukan? Pertama sekali, anda perlu mengetahui dan mengikuti garis panduan (postur dan teknik) bagi setiap senaman.   Jika anda bersenam secara kerap, terutamanya yang berintensiti […]

Bina Kuasa Dinamik dan Kestabilan Dengan Lateral Plyometric Jump

Apabila bercakap mengenai latihan yang mengkhususkan kepada daya keseimbangan, ketangkasan serta kuasa, minda kita akan terarah kepada senaman seperti pushup, plank, lunges, squat, squat jump dan sebagainya. Namun, hampir kesemua rutin ini hanya difokuskan kepada pergerakan ke hadapan atau setempat sahaja. Walhal, penjanaan kuasa dan kestabilan sewaktu melakukan pergerakan ke sisi (lateral) juga sama kepentingannya. […]

Beza Senaman Dan Sukan

Senaman adalah berbeza dengan sukan. Yang anda kata pergi bersukan (seperti futsal, badminton) sebenarnya bukanlah bersenam. Sukan melibatkan perlawanan dua pihak. Senaman pula ialah pergerakan teratur dengan matlamat. Cuba lihat futsal, adakah pergerakannya terancang? Pasti tidak kerana anda sekejap berlari ke sana, kemudian ke sini. Anda tak tahu bola akan berada di mana. Jadi, anda […]

Menurunkan Berat Badan: Mengapa Berat Naik Pula?

Berat tak turun sudah cukup mengecewakan, apatah lagi bila berat naik? Dalam usaha menurunkan berat badan, jangan putus asa apabila berat naik pula. Situasi tersebut tidak semestinya bermaksud anda telah melakukan kesilapan. Jika anda menjaga pemakanan, menjaga kalori dan bersenam secara kerap, anda sedang berada di landasan yang betul, walaupun berat anda naik. Persoalan yang […]