Tahukah Anda Biceps Ada Dua Bahagian

Tak ramai yang tahu, biceps kita mempunyai dua bahagian ataupun kepala. Sebab itu namanya biceps. “Bi” membawa maksud dua, manalala “tri” membawa maksud tiga.

Long Head

Bahagian pertama biceps dipanggil sebagai long head. Kalau anda nak tahu ini bahagian yang mana, ia ialah bahagian yang membulat tinggi apabila anda pam biceps anda.

Untuk melatih bahagian ini, senaman biceps anda perlulah dilakukan dengan genggaman rapat atau bukaan kecil.

Short Head

Untuk bahagian ini pula, ia berada di bawah bahagian long head. Fungsinya sama, cuma tempat melekatnya berbeza. Short head memberi imej ketebalan pada biceps anda.

Latih bahagian ini dengan melakukan senaman biceps menggunakan genggaman lebar atau bukaan besar.

Entri: Aiman Radzi (@TheTheraBeast)

Komen Facebook