Tak Mahu Main Gym Sebab Takut Terbantut?

Betulkah main gym boleh terbantut ketinggian? Nanti nampak katek, dah tak smart. Ramai takut nak main gym sebabkan yang ini. Tapi, Admin tak faham perkaitan antara kedua-dua ini. Apa beza main gym dengan buat kerja buruh berat? Pekerja buruh, ladang sawit, semua boleh tebantutlah?

 

Tak ada kajian menyatakan main besi akan membantutkan anda. Sebaliknya, main besi dapat menjana pertumbuhan dan pengukuhan tulang-bendulang dalam badan kita. Kanak-kanak seawal umur 2 tahun digalakkan untuk berlatih. Tapi, tak bermakna suruh mereka gunakan yang berat-berat!

 

Ketinggian ditentukan melalui genetik ibu bapa. Jika mereka tinggi, maka anda ada kemungkinan untuk tingi. Nampak di situ, kemungkinan sahaja, belum tentu tinggi.

 

Yang nampak abang sado macam katek sebab badan mereka tebal-tebal. Berbeza dengan yang berlatih untuk badan cantik, mereka lebih ke aral badan seperti model, nampak normal sikitlah. Anda tak perlu risau tentang ketinggian, melainkan anda tercedera dengan serius sehingga tulang-bendulang patah semasa workout, angkat besi takkan membantutkan anda.

 

Mahukan lebih banyak tips fitness, ikuti https://deegymsupplement.com untuk update-update terkini!

Komen Facebook