Tak Mampu Angkat Berat Lagi? Buat Begini!

Biasanya, kalau anda dah tak boleh angkat lagi berat, ia menandakan plateau. Maksudnya, badan anda dah capai limit (pada ketika itu). Apa yang anda kena buat ialah memberikan stinulasi baru.

Rehat

Perkara pertama anda kena beri pada badan anda ialah rehat. Cuba berikan rehat seminggu supaya badan anda “lupa” dengan stimulasi latihan. Ada yang berehat sampai 1-3 bulan.

Kurangkan Berat

Semestinya, kalau anda dah tak boleh angkat berat, apa gunanya anda paksa? Kurangkan bebanan supaya anda boleh bina semula. Pastikan anda boleh lakukan 5-8 rep mudah dengan bebanan baru itu.

Lakukan Variasi

Ubah variasi senaman anda. Kalau anda buat flat bench press, cuba buat incline pula. Begitu juga dengan senaman-senaman lain.

Paused

Latihan paused bermaksud anda menjaga tempo senaman. Secara mudahnya, anda menahan seketika bebanan ketika mengangkatnya. Jika dalam bench press, anda menahan ketika bebanan di atas dada. Jika squat, anda menahannya di bawah.

Lakukan tips-tips ini dan anda akan nampak perubahan. Paling penting, anda memang kena turunkan berat yang anda gunakan.

Komen Facebook