Pernah dengar tak orang selalu kata kena minum banyak kalau nak kurus? Ada yang cakap kena minum lebih 5 liter air sehari. Punyalah banyak sampai orang terpaksa tunggang-menunggang air untuk cukupkan kuantiti.
Kemudian, ia membawa kepada soalan seterusnya iaitu berapa liter air anda kena minum sehari? Ada yang kata minum 8 cawan, ada yang kata 1 liter untuk setiap 25kg berat badan, dan lain-lain. Ada macam-macam ajaran yang dihebahkan, dan semuanya adalah berdasar kata-kata orang lain.
Sebenarnya, anda tak digalakkan untuk minum terlalu banyak air. Ia boleh mendatangkan mudarat, dan berat yang anda turun selepas minum banyak air selalunya adalah berat air sahaja.
Ada macam-macam risiko lain apabila anda minum terlalu banyak air sehari, seperti tekanan darah tak stabil, sel-sel membengkak, dan beberapa komplikasi lain. Jadi, berapa banyak air sebenarnya anda perlukan?
Minum sebelum anda rasa dahaga, dan minum untuk elakkan dahaga. Keperluan air berbeza mengikut individu. Kita tak boleh samakan keperluan orang, sebab tahap aktiviti orang berbeza. Lagi-lagi atlit yang bersukan, pekerja buruh, dan lain-lain, mereka lagi memerlukan banyak air!
Mari dapatkan tips ringkas daripada Dee Gym Supplement!
Entri: Aiman Radzi (@TheTheraBeast)