Squat berat-berat boleh jadi kesukaan atau kebencian seseorang. Siapa yang boleh squat berat mesti akan menyukainya, dan siapa yang tidak mampu pasti membencinya. Normal, bukan?
Kalau anda ingin squat secara berat tetapi tiada pengalaman, maka apa yang anda boleh lakukan ialah amalkan squat stand-ups menggunakan bebanan yang tinggi.
Apakah yang dimaksudkan dengan squat stand-ups? Anda berdiri sahaja dengan bebanan squat di atas bahu, tak perlu turun bercangkung. Tahan dalam posisi bediri untuk 10 saat, kemudian letak semula bebanan. Itulah squat stand-ups. Nampak remeh dan mengarut, tetapi ia melatih saraf anda untuk “menerima” bebanan yang besar.
Sebagai contoh, kalau anda boleh squat 100kg untuk 10 rep, cuba letakkan 140kg dan berdiri 10 saat. Kemudian, tambah lagi 5kg dan ulang. Lakukan untuk 3-4 set tetapi pastikan bebanan anda guna, meskipun berat, tetapi masih boleh berdiri dengan terkawal. Kalau nak berdiri pun menjerit macam nak beranak, ini bermakna anda guna bebanan yang melebih-lebih.
Apabila anda dah buat untuk 2-3 minggu, mulakan dengan squat 50% daripada bebanan maksimum anda guna untuk squat stand-ups untuk 5 rep. Tambahkan sedikit demi sedikit sampai anda jumpa bebanan yang dikira “sweet spot” untuk anda buat 5 rep sebanyak 5 rep. Daripada situ, anda akan guna bebanan tersebut bagi latihan akan datang dan tambah bebanan sikit-sikit setiap sesi.
Kalau rasa nak boost lebih, guna Stanabol X sebelum workout untuk berikan anda kebih fokus dan tenaga semasa latihan!
Entri: Aiman Radzi (@TheTheraBeast)