Tanda-Tanda Anda Membakar Lemak

Tak kisah anda pergi ke gym untuk bina badan atau nak sihat, membakar lemak adalah sesuatu yang baik dan patut disasarkan oleh semua orang. Ingat, gemuk is not awersome!

 

Kalau anda nak bakar lemak, anda kena mulakan dengan pemakanan yang baik. Kemudian, barulah masuk kepada latihan. Tetapi pada hakikatnya, kedua-dua haruslah diberikan tumpuan 100%.

 

Apakah tanda-tanda yang anda dah bakar lemak daripada latihan dan pemakanan anda:

 

1- Skala Penimbang

Semestinya, yang paling mudah adalah dengan menimbang berat. Kalau berat badan anda, ada lah sedikit sebanyak lemak yang terbakar. Tetapi, ia boleh juga jadi yang anda turun berat air, berat otot, dan lain-lain. Menariknya, semakin tinggi lemak anda, semakin mudah untuk bakar lemak. Dan, semakin kurus anda jadi, semakin susah untuk anda bakar lemak.

 

2- Inch Loss

Yang lebih baik daripada skala penimbang adalah dengan mengukur ukurlilit bahagian-bahagian seperti pinggang, punggung, tangan, dada, dan peha. Selalunya, kalau anda tak bakar lemak tapi turun berat, bahagian-bahagian ini tak turun dari segi ukurlilit. Bahagian paling ketara adalah bahagian pinggang. Yang itu kita nak ukur supaya ia kurang.

 

3- Peralatan Khas

Untuk betul-betul tahu anda dah bakar lemak atau tidak, anda kena guna peralatan khas biasanya di hospital. Peralatan lain yang boleh jadi pengganti adalah seperti alat fat caliper, bioimpedance scale, skala tanita, dan lain-lain. Anda boleh beli sendiri skala yang timbang peratusan lemak badan dan timbang setiap minggu.

 

Entri: Aiman Radzi (@TheTheraBeast)

Komen Facebook