Tak ramai tahu tentang senaman Y Pulls, mungkin sebab itu ramai tak memiliki back yang tebal lagi-lagi bahagian mid back. Kalau anda nak betul-betul tebalkan back anda, anda kena buat senaman ini. Ada beberapa cara untuk lakukan senaman ini, satunya menggunakan mesin kabel, menggunakan resistance band, dan yang lebih mudah ialah dengan menggunakan suspension trainer. Lihat gambar di bawah sebagai rujukan.

Related image

Image result for y pulls

Image result for y pulls suspension trainers

Guna peralatan mana yang ada dalam gym anda. Matlamat senaman ini ialah untuk gerakkan tangan anda yang lurus daripada hadapan menuju ke atas (menjadikan badan anda bentuk Y ataupun V). Senaman ini akan betul-betul membuatkan lower trapezius anda terbakar, memberikannya lebih rangsangan untuk membesar. Jika anda menggunakan suspension trainer, anda tidak perlu condongkan badan terlalu banyak kerana ia akan berasa tersangat berat. Tegakkan sedikit badan seperti gambar terakhir.

 

Entri: Aiman Radzi