Bentuk back yang tebal dan lebar ialah misi ramai abang sado di luar sana. Bentuk V ibarat ular tedung menjadi lambang kesadoan seseorang di gym. Bagaimanakah untuk mendapatkannya?
Beberapa senaman asas yang anda kena buat untuk mendapatkan bahagian ini ialah seperti pull up, rowing, dan deadlift. Ini ramai sudah tahu. Apa yang mereka tidak tahu ialah kebanyakan variasi yang mereka lakukan hanya membina back bahagian atas sahaja (upper back). Untuk memberi ilusi huruf V, anda kena tebalkan bahagian bawah.
Berapa otot yang anda kena beri penekanan ialah:
- Latissimus dorsi
- Teres major/minor
- Erector spinae
Ketiga-tiga otot ini, jika dikembangkan dan ditebalkan dengan baik akan menjadikan badan anda bahan perbualan pengunjung sekalian. Untuk teres major dan minor, inilah bahagian yang selalu orang overdeveloped atau terlebih bina. Bahagian bawah yang mendapat kurang perhatian.
Apa yang anda perlu lakukan ialah memperbanyakkan variasi underhand semasa melakukan rowing. Kemudian, perbanyakkan juga rowing yang menarik ke arah bawah pusat. Tidak lupa juga, banyakkan senaman chin up.
Rowing boleh dilakukan dengan menggunakan barbell ataupun menggunakan mesin kabel secara duduk. Tugas anda sekarang ialah untuk menarik bebanan tersebut ke arah bawah pusat. Jika anda tarik semakin tinggi, maka anda fokus pada bahagian atas. Seperti dikatakan tadi, anda kurang bahagian bawah, sebenarnya!
Entri: Aiman Radzi (@TheTheraBeast)