Membina badan memerlukan anda untuk melatih sesuatu otot dari pelbagai jenis sudut. Beban berat, beban ringat, rep tinggi, rep rendah.

Cuba guna variasi-variasi ini untuk BICEPS yang lebih besar:

5 set x 5 rep (120 saat rehat antara set)
3 set x 8-12 rep (75 saat rehat antara set)
4 set x 12-15 rep (30 saat rehat antara set)

5×5 adalah terbaik untuk memaksimumkan tekanan mekanikal pada biceps dan meningkatkan sintesis protein serta pengukuhan sistem saraf-otot.

4×12-15 pula memaksimumkan tekanan metabolik dan pengisipaduan darah. Ini mengarahkan otot terhadap pembesaran (hypertrophy).

3×8-12 berada di tengah-tengah.

Kalau anda inginkan biceps yang besar, anda kena gunakan semua variasi latihan ini. Cuba lakukan satu variasi dan tukar setiap 2 minggu.

Kalau anda jenis tahan mental dan fizikal, lakukan semua variasi ini dalam satu sesi. Pilih samada anda ikut betul-betul variasi tersebut (total 12 set untuk biceps) atau lakukan 2-3 set sahaja untuk setiap variasi tersebut.