Apabila kita bercakap tentang otot trapezius, ramai fikir yang trapezius hanyalah otot yang anda nampak di sebelah leher anda sahaja. Sedangkan, trapezius adalah otot yang besar dan ia merangkumi sebahagian daripada back anda. Otot trapezius meliputi:
- Pangkal tengkorak kepala
- Bahagian atas dan tengah back
- Kedua-dua tulang belikat
Kalau anda search gambar trapezius dalam laman Google, anda akan tahu yang otot trapezius seakan-akan berbentuk diamond yang besar (minta maaf Admin tak dapat sediakan gambar kerana masalah techinicality web). Disebabkan bentuk sebegini juga, tidak cukup kalau anda buat shrug secara berdiri sahaja!
Macam mana anda nak latih otot trapezius anda secara menyeluruh? Mudah sahaja, daripada melakukan shrug secara berdiri, anda kena shrug secara duduk di bangku boleh laras. Dengan mengubah darjah senaman anda dan ini boleh dilakukan dengan bersandar pada bangku yang boleh laras. Bermula dengan keadaan tegak, anda boleh turunkan darjah bangku sedikit demi sedikit untuk mengenakan bahagian otot trapezius yang berbeza.
Konsep latihannya sama, anda pegang dumbbell dan tahan di atas untuk beberapa saat sebelum menurunkannya dan melakukan repping sekurang-kurangnya 8-12 rep. Anda boleh guna dumbbell, barbell, mahupun kettelbell. Isi pentingnya di sini ialah, anda kena ubah-ubah darjah senaman shrug anda untuk mendapatkan kesan maksimum dalam latihan otot trapezius anda!