Teknik Membesarkan Biceps Dengan Set 1 Minit

Anda mengalami kesusahan untuk membesarkan biceps? Otot biceps anda lama dah tak membesar walaupun dah bersenam lama? Apa kata anda buat teknik 1 minit ini!

 

Chin-Up 1 Minit

Buat satu rep chin-up yang mengambil masa 1 minit. Dengan kata lain, naik 30 saat dan turun 30 saat. Jangan pandang enteng kalau anda belum mencubanya lagi.

 

Minta tolong kawan kirakan atau pasangkan timer untuk tahu masa anda. Ingat, 30 saat naik dan 30 saat lagi turun menjadikannya 1 rep yang mengambil masa 1 minit.

 

Anda boleh buat teknik ini samada sebagai pemula untuk latihan biceps ataupun pengakhiran latihan anda. Apa-apa pun, teknik ini akan buat akan menjerit. Ulang lagi beberapa set, sampai anda puas hati.

Komen Facebook