Ada satu teknik yang nampak mudah dan perubahan kecil sahaja daripada biasa, tapi mampu beri impak yang besar kepada latihan biceps. Apakah teknik tersebut?
Ia adalah cara anda pegang dumbbell. Maksudnya, macam mana? Tengok kedudukan jari semasa anda menggenggam dumbbell. Adakah anda merapatkan ibu jari dengan bahagian dumbbell, ataupun rapatkan jari kelinking dengan dumbbell, atau mungkin anda pegang tengah-tengah?
Untuk latihan biceps, adalah lebih baik anda rapatkan ibu jari dengan bahagian dumbbell. Tengok gambar untuk rujukan. Lihat bagaimana ada ruang antara jari kelinking dan tiada ruang antara dumbbell dengan ibu jari.
Kenapa kena pegang begini?
Mudah sahaja, waktu main biceps, anda digalakkan untuk pusingkan dumbbell ataupun pusingkan tapak tangan menghadap ke anda, kemudian pusing semula apabila anda ingin turunkan dumbbell. Pergerakan memusing ini adalah salah satu kerja biceps.
Betul, anda boleh buat latihan biceps tanpa perlu pusingkan tapak tangan, tetapi dengan memusing, anda mengaktifkan lagi banyak gentian otot biceps!
Jadi, apabila anda pegang dumbbell dengan teknik ini, dan anda buat pusingan tapak tangan semasa latihan biceps, anda akan beri lebih tekanan beban kepada biceps kerana cara anda pegang mengubah leverage beban.
Senang nak faham, anda akan pusing lebih bebanan berbanding pegang betul-betul tengah. Lebihan bebanan ini akan mencabar otot biceps anda untuk berkerja lebih keras!