Teknik Untuk Buat Lebih Pull Up Dengan Mudah Dalam Masa Sebulan

Ramai mengidam nak back lebar macam ular tedung. Lebar je tak cukup tapi nak ada Corak Bunga Kat Otot Back tu. Tu mahal sebenarnya nak buat bukan semua mampu buat .

Jika korang guna machine pull up tak cukup untuk tarik keseluruhan Otot back jadi lebar macam ular tedung melainkan anda melakukan PULL UP.

Ya, Pull Up sahaja mampu melebarkan Otot back dan bina otot cantik berbunga-bunga. Sebab utama Ketika anda lakukan Pull Up seluruh Otot Back anda akan ditarik sekali tak seperti anda gunakan Machine Pull up, yang mana anda tidak menggunakan keseluruhan otot back dan banyak bahagian otot anda rehat time tu. 

Tetapi jika anda lakukan Pull Up keseluruhan Otot Back anda akan ditarik dengan sempurna dan tepat.

Tapi tak semua mampu lakukan Pull Up. Sebaiknya anda mampu lakukan 10 reps pull up untuk 4 set. Tu sudah memadai untuk membentuk otot back yang cantik.

5 Tips Ini membantu anda untuk lakukan Pull Up dengan sempurna :

  1. Cuba lakukan seboleh anda lakukan. Jika hari nie boleh buat 3 reps untuk set pertama, second set 3 reps , Thirth Set 2 reps. Biarkan. Esoknya cuba lakukan 4 reps pula. Sentiasa up walaupun sedikit.
  1. Dapatkan Support dari rakan anda, suruh rakan anda support pada lutut anda dengan meletakkan tangan di bawah, bantu tolak walaupun ketika itu tangan anda sudah menggigil. Pastikan rakan anda tahu cara support dengan betul. Bukan support dengan bantuan rakan 90%, cukup bantuan dalam 10% ke 20% dari kekuatan anda, selebihnya anda cuba lakukan sekuat boleh.
  1. Guna Lifting Strap, Lifting strap bantu anda cengkam Permukaan Bar dengan lebih kemas. Biasanya ramai boleh lakukan Lebih reps tapi tangan tak cukup support dan akhirnya terpaksa melepaskan tangan. Dengan adanya Lifting Strap Dapat membantu anda lakukan lebih reps yang anda perlukan
  1. Letakkan pemberat seperti dumbell atau plate tambahan. Memang anda rasa buat kosong pun tak boleh apa lagi letak plate bawah. Tapi tu bantu anda lebih tingkatkan strenght, walaupun anda lakukan kosong dapat 8 reps tapi letak pemberat dapat 4 reps tapi percayalah bila ansa sudah biasakan letak pemberat anda mampu lakukan lebih dari 8 reps , mungkin dapat buat 10 reps sebab strenght anda dah cukup support.
  1. Jangan buat Pull Up pada hari secara berterusan, bila anda buat Pull Up hari semalam, anda cuba lakukan hari ini tetapi otot back anda dah lemah. Rehat dalam 2 hari sebelum lakukan kembali rutin anda. Kadang otot dah lemah pasti merendahkan prestasi anda untuk lakukan Pull Up dengan lebih. Sentiasa mulakan Pull Up dengan strenching terlebih dahulu supaya otot anda dalam keadaan bersedia dan tak mudah cedera.

Teruskan Follow Website Kami untuk lebih informasi terkini kami 😁

Komen Facebook