Apabila anda masuk ke gym, macam mana anda warm up sebelum mula mengangkat besi? Adakah anda berjogging atas treadmill? Ataupun anda masuk sauna? Mungkin anda tak warm up, tapi terus angkat besi yang berat-berat?

Berjogging atas treadmill tidak salah, masuk sauna pun sama. Tetapi, ada cara yang lebih baik untuk warm up. Yang pastinya, kalau anda tak warm up, itu yang salah!

WARM UP BUKAN STRETCHING

Dulu (dan sekarang juga) selalu kita buat warm up dengan stretching. Kita biasa tolak kepada dahulu ke atas, ke tepi, ke bawah, kemudian tolak bahu bersilang, angkat lutut tahan, bagai-bagai. Ini bukan warm up dan ini adalah teknik yang salah. Ini dipanggil stretching, sedangkan warm up bermaksud memanaskan badan. Ia menjadi kesalahan apabila anda stretching tanpa memanaskan badan kerana otot anda lebih mudah cedera apabila diregangkan semasa sejuk.

Misi anda warm up adalah untuk memasukkan darah ke dalam otot-otot anda supaya mereka menjadi panas dan bersedia untuk bertindak. Bayangkan anda menarik getah yang sejuk (baru dikeluarkan daripada peti ais). Ia lebih mudah untuk patah/terkoyak/rosak. Sama dengan otot kita. Jadi, selepas ini, kalau anda nak stretching, anda kena warm up dahulu!

CARA WARM UP

Macam dikatakan tadi, sauna dan berjogging boleh diterima sebagai warm up. Tetapi, lebih baik kalau anda warm up secara spesifik otot mana yang anda hendak latih pada hari tersebut. Biasanya, anda boleh warm up dengan melakukan senaman isolation untuk bahagian anda hendak latih. Buat secara ringan dan banyak rep, tetapi jangan terlalu banyak sampai otot anda keletihan. Cukup sekadar untuk menghidupkan enjin workout anda.

Tak faham maksud warm up di sini? Sebagai contoh, anda hendak latih chest. Tak perlulah berjogging, tetapi anda boleh mula dengan buat chest fly (menggunakan kabel adalah digalakkan) secara ringan untuk 20-30 rep sebanyak 2-3 set dan diubah kepada tiga sudut berbeza (high-medium-low). Selain daripada itu, anda boleh warm up juga dengan membuat senaman isolation untuk triceps menggunakan konsep yang sama. Ini kita cerita tentang hari latihan chest. Anda boleh ubah sendiri ikut hari latihan anda.