Tempo dalam senaman amatlah berperanan besar dalam latihan membina otot mahupun membina kekuatan. Anda kena jaga tempo setiap ulangan yang anda lakukan. Nak kuat begini caranya, nak besar begitu pula caranya.
Ada yang bertanya kepada Admin, samada nak angkat berat laju-laju ataupun perlahan-lahan. Mereka bertanya yang mana satu lagi efektif untuk membina badan. Soalan yang agak bagus, meskipun dah banyak kali ditanyakan dan Admin pun dah banyak kali berikan jawapan.
Jadi, macam mana? Nak main laju-laju atau perlahan?
BUATLAH DUA-DUA SEKALI
Kedua-dua ada kelebihan tersendiri. Satu konsep yang anda kena pegang adalah anda mengawal pergerakan beban, jangan menghayun sesuka hati. Apabila anda kawal, anda akan dapat manfaat bina otot.
Memperlahankan repping anda akan meningkatkan intensiti latihan, sama juga dengan menambah bebanan dan membuat rep laju sedikit. Kalau anda mempercepatkan tempoh setiap pulangan, ia akan menjadi sedikit mudah kerana anda turut memasukkan faktor momentum.
Kelebihan kepada main perlahan adalah kadar pembinaan otot yang lebih efektif, tetapi susah untuk tambahkan berat yang digunakan. Masa di bawah tegangan atapun TUT akan meningkat. Kalau main laju sedikit (dalam keadaan anda kawal bebanan), anda senang untuk tingkatkan kekuatan.
Asyik main perlahan sangat pun susah sebab lambat jadi kuat. Asyik main berat-berat pun susah kalau tak kena teknik. Jadi, nak buat macam mana? Anda kena gabungkan teknik senaman. Main berat dan laju untuk senaman kompaun utama yang berat, dan main perlahan untuk senaman isolation bagi otot-otot kecil.
Ada fasa yang anda boleh lakukan senaman dengan bebanan yang ringan serta tempo yang perlahan. Biasanya, anda lakukan teknik begini ketika anda ingin menaikkan saiz badan. Manakala, penggunaan bebanan yang berat dan tempo laju adalah ketika anda ingin mengekalkan jisim otot ketika anda membakar lemak.
Entri oleh: Aiman Radzi (@TheTherabeast)