Tempo adalah durasi yang anda gunakan untuk habiskan satu-satu rep semasa senaman. Ada macam-macam jenis tempo yang orang gunakan. Ada yang buat laju, ada yang buat perlahan. Semua ada tujuan masing-masing.

 

Sebagai asas, kalau anda buat rep secara laju, maka anda boleh guna bebanan yang lebih berat pada kos kurangnya tekanan pada otot. Terbalik pula kalau rep anda perlahan, keranan anda tak boleh guna bebanan setinggi rep yang laju, tetapi tekanan pada otot adalah lebih tertumpu.

 

Untuk membina kekuatan, prioriti anda adalah pada penggunaan beban berat. Maka, anda kena lakukan rep anda secara laju tapi terkawal. Berbeza dengan mereka yang nak fokus pada kesan hypertrophy otot, rep mereka adalah lebih perlahan dan bebanan mereka juga ringan sedikit bagi meningkatkan tekanan-di bawah-tekanan (TUT).

 

Seiring dengan itu, selalunya orang gunakan tempo perlahan untuk senaman isolation, dan tempo laju untuk senaman kompaun. Boleh juga buat tempo perlahan untuk senaman kompaun, tetapi ia akan meletihkan anda. Semuanya bergantung pada program latihan yang anda hendak lakukan.

 

Sebagai contoh, tempo paling biasa orang gunakan ialah 2 saat turun dan 1 saat naik. Ini adalah yang paling mudah diamalkan, samada untuk kekuatan ataupun bina otot. Untuk lebih fokus pada bina otot, anda boleh ambil masa lebih lama untuk turun, seperti 3-4 saat turun dan 1 saat naik. Bagi kekuatan pula, selalunya mereka fokus untuk turun secepat mungkin, tetapi ada teknik dipanggil “pause” di mana mereka berhenti seketika di bawah. Maksudnya, mereka boleh lakukan 2 saat turun, 1 saat tunggu di bawah, dan 1 saat naik. Ini juga meningkatkan tekanan pada otot.

 

Fahamkan yang asas, semakin panjang durasi set anda, maka kuranglah bebanan yang patut anda gunakan tetapi tekanan pada otot akan meningkat. Tetapi, nak jadi kuat perlukan kepada penggunaan beban tinggi dan rep yang laju.

 

Tambahkan penggunaan Iso Pro Zero di penghujung workout untuk kesan latihan maksimum! Dapatkannya daripada Dee Gym Supplement, sekarang!

 

Entri: Aiman Radzi (@TheTheraBeast)