Tempo Senaman Semasa Workout: Perlahan Atau Laju?

Ada yang bertanya kepada Admin, samada nak angkat berat laju-laju ataupun perlahan-lahan. Mereka bertanya yang mana satu lagi efektif untuk membina badan. Soalan yang agak bagus, meskipun dah banyak kali ditanyakan dan Admin pun dah banyak kali berikan jawapan.

 

Jadi, macam mana? Nak main laju-laju atau perlahan?

 

Jangan Anak Tirikan Yang Mana-Mana

Kedua-dua ada kelebihan tersendiri. Satu konsep yang anda kena pegang adalah anda mengawal pergerakan beban, jangan menghayun sesuka hati. Apabila anda kawal, anda akan dapat manfaat bina otot. Memperlahankan repping anda akan meningkatkan intensiti latihan, sama juga dengan menambah bebanan dan membuat rep laju sedikit.

 

Kelebihan kepada main perlahan adalah kadar pembinaan otot yang lebih efektif, tetapi susah untuk tambahkan berat yang digunakan. Kalau main laju sedikit (dalam keadaan anda kawal bebanan), anda senang untuk tingkatkan kekuatan.

 

Asyik main perlahan sangat pun susah sebab lambat jadi kuat. Asyik main berat-berat pun susah kalau tak kena teknik. Jadi, nak buat macam mana? Anda kena gabungkan teknik senaman. Main berat dan laju untuk senaman kompaun utama yang berat, dan main perlahan untuk senaman isolation bagi otot-otot kecil.

Komen Facebook