Mitos ini cuba meyakinkan kita bahawa mengangkat bebanan yang ringan dengan ulangan yang banyak boleh membakar lebih banyak lemak dan membentuk tubuh yang ideal tanpa membesarkan otot.  Ianya tersebar luas dalam kalangan wanita.

 

Walau bagaimanapun, kebenaran di sebaliknya jauh panggang dari api. Cara ini tidak akan membakar lebih banyak lemak. Anda hanya boleh menyingkirkan lemak dengan strategi senaman yang betul serta pengurangan kalori. Namun, menggunakan bebanan yang ringan dengan ulangan yang banyak boleh meningkatkan daya ketahanan otot. Jadi cara tersebut bukanlah 100% ‘useless’ dan boleh diterapkan ke dalam rutin senaman, walaupun bukan untuk membakar lemak.

 

Kita harus berpegang pada satu prinsip iaitu, berat bebanan bergantung kepada tahap kecergasan dan matlamat akhir anda. Justeru, untuk menurunkan berat badan, lebih baik kita menggunakan berat bebanan serta jumlah ulangan yang pelbagai seperti yang berikut:

 

Lagi satu, pemilihan bebanan. Anda harus pastikan bahawa berat tersebut boleh diangkat dan anda boleh menghabiskan ulangan dengan mengekalkan postur yang baik. Jika anda rasa boleh buat lebih lagi atau merasakan ia semakin mudah, masa untuk tingkatkan berat bebanan. Dengan menggunakan ketiga-ketiga range di atas, tidak kiralah samada setiap minggu, setiap bulan atau menukarnya setiap beberapa minggu, anda boleh mencabar kemampuan tubuh anda dengan cara yang berbeza-beza.

 

Entri: Tini Lorna Lim